ewww... "Berkebun is so not me"... ini merupakan luahan seorang gadis bandar yang gedik tidak mahu menjejakkan kaki berkasut baru ke kebun milik keluarganya.
CHOP! sebelum anda mengutuk dan maki hamun gadis bandar yang gedik ini, baca dulu kisahnya sepenuhnya.
Sebab-sebab mengapa gadis bandar gedik tidak suka berkebun:
1. Ada banyak tahi lembu yang fresh. titik. tak perlu elaborate.
2. Kasut 'tomok' yang baru dibelinya terpaksa meredah segala rumput, lalang dan tahi lembu (rujuk no. 1)
3. Banyak kerengga. bukan yang kecil..ni yang besar 2 juicy2..sengatnya pun tak terdaya untuk ku describekan di sini.
4. point ini panjang skit.
Saya pulang ke rumah setelah hampir sebulan di kolej. Jadi, banyak perkara yang misteri di rumah.
Misteri pertama: Misteri Mikrowave Baru
Mak beli microwave baru yang lebih kecil saiznya tapi lebih cepat memanaskan bahan makanan. Takdelah misteri, cuma saya jakun sebab sudah biasa guna yang lama yang mmg sudah buruk n slow giler.
Misteri kedua: Misteri Hilang Baju
Saya ingin mencari baju yang saya tinggalkan di rumah. Tapi, bagaikan semuanya sudah tiada. Bagaikan dalam Hikayat Halim Deman yang mencuri kain layang puteri itu. Tapi, kisah saya tiada putera dan saya bukan puteri....sedih. Tak mahu saya beritahu mak. Nanti, dia akan cakap saya yang tak cari betul2. n selalunya, dia mmg betul. So, saya biarkan sahaja.
ok. flash forward keesokan hari.
Kami ke kebun di kampung saya di Port Dickson. Ini mmg rutin mingguan ibu dan adik sejak belakangan ini. (mulanya,saya agak pelik. both of them don't seem like the 'kebun' type tapi mungkin sebab mereka suka sangat makan durian. Jadi, dapat merasai buah durian hasil kebunan sendiri mesti lebih sedap rasanya). Selepas mendaki kebun itu ( kebun itu bukan tanah yang landai ye..mmg berbukit bukau (nasib baik saya tak pakai heels)), 'Misteri Hilang Baju' telah terjawab. Lihatlah.
Semua baju ( a.k.a 'Kain Buruk' menurut mak) yang menyaluti buah durian untuk menghindarkan segala haiwan perosak dari memakannya adalah baju saya! Baju saya! Hati saya pasrah melihat setiap baju yang pernah dipakai saya dahulu.
Jadi, persoalan di sini adalah....adakah saya kejam jika saya menghina perbuatan mengebun?? adakah saya gedik jika benci berkebun? huh? Jika saya (baju saya) dianiayai sedemikian rupa? kejamkah saya? isk...isk..*sob...sob*
Haih...mengeluh... tidak mengapa. Hati yang terluka ini diubati oleh satu-satunya ubat yang mujarab yang efektif dalam mengubati luka yang terpendam.
S-H-O-P-P-I-N-G!!!!!
Sepulangan dari Port Dickson, petang itu, saya terpaksa membawa adik ke Bangunan Abdul Samad untuk menangkap gambar dia dengan background bangunan bersejarah itu. Menurutnya, ini untuk projek folio sejarah PMR. note to adik tersayang: havent you heard of photoshop??? or even wikipedia??? haih...
tidak mengapa. sebagai kakak yang bertanggungjawab dan comel(tibe..), saya melakukan apa sahaja demi adik saya yang terchenta.... tambahan, dia belanja saya minum iced caramel machiato.. so lagi lah saya rasa bertanggungjawab sebagai kakak...heeee
Selepas bangunan abdul samad, saya yang pertama kali drive around KL tanpa adult supervision, memberanikan diri untuk drive ke Bangsar Village untuk mencari accessories for external dinner. yey dapat clutch satu! dan so far, saya dah beli 2 baju baru untuk mengganti baju yang telah menjadi penyalut buah durian di kebun. n more to come! yahooo....
Pantun buat hari ini:
Akibat berkebun baju jahanam
Berjalan ber-Shopping bagaikan terapi
Penyembuh luka hati yang terpendam
Sekarang saya sssssangat HAPPY!
Kesimpulannya, gadis bandar ini memang gedik dan wajar dikutuk dan dimaki hamun seiring dengan arus kemodenan agar dapat menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Sunday, June 14, 2009
Berkebun...ewwww....
Posted by mira_bandung89 at 6:35 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
u mesti terkejut kan sebab jarang dapat komen. tu lah, kalu nk komen2, tulis kt blog sepayaer..
oh. btw. were tose really your clothes?? i mean, ALL??
haha..cian2.
xpa ban2, i tau u ada semangat greenthumb dlaam hati~
*i got "Sulam" for word verification. so malaysian.. *tiba
ya allah...
sian kat ko...
patutnyer ko tanya mak ko dulu then it wont be too shocking 4 u...
sabar lah ye...dah ada pengganti pun baju2 tu kan..?
nak gi berkebun pakai ar boot pua chu kang tu ke...???huhu...;p
Post a Comment