Thursday, June 11, 2009

Situasi.Biasa.Geram.Aneh.Kelakar.Harapan.

Situasi biasa.
Saya baru pulang dari menjemput ayah dari LCCT. biasa sahajalah, dah memang rutin mingguan ayah. Hari khamis petang ke Subang dan Sabtu pagi pulang ke Langkawi. Setiap minggu sejak beberapa tahun yang lalu.


Situasi Geram.
Perut agak lapar. Selepas tol USJ, ada satu trafic light sebelum junction nak masuk ke jalan kecik-kecik untuk ke rumah saya. Di trafic light, queue kenderaan sangat panjang. Tidak mengapa. Sabar.Sabar(sabar 1/2 daripada iman. jadi jika sabar.sabar. 2x1/2 jadi 1..penuhlah iman saya...urrmmm ok lawak lame saya tuk hari ni). Selepas green light dicahayakan oleh OLED (Organic Light-Emitting Diode...amik ko, ni baru application of chemistry namanya), saya pun dah tukar gear dan turunkan handbreak untuk bergerak but alas,alack...lori tong sampah berwarna oren depan saya tidak bergerak langsung. Tidak mengapa. Sabar. Sejurus selepas itu, saya perasan beberapa kereta di lane kanan mula ingin mencelah ke lane saya. Sebagai pemandu berlesen 'P' yang berhemah tinggi a.k.a pemandu 'P'enakut sebab dah banyak kali aksiden yang tidak mahu cari pasal dengan pemandu lain, saya pun berilah laluan kepada kenderaan2 tersebut.


Situasi Aneh.
Pelik. Lampu sudah hijau. Tapi kenderaan lane kanan tidak boleh bergerak, sehingga terpaksa mengikut lane saya. Saya teruskan perjalanan sedikit ke hadapan. Kelihatan ada sebuah kereta statik di tepi tiang trafik light ber OLED itu. Dalam hati, "owh, ni mesti kes kereta rosak".
Eh, tapi aneh. Tiada orang pun keluar dari kereta itu.


Situasi Kelakar.
Apabila saya pass by the car, " eyh pak cik kat dalam tu tak nak cek ke kereta di rosak kat mane? duduk je kat driver seat buat ape?" apabila saya mengamati dengan lebih khusyuk...
YA ALLAH... pakcik itu tak bergerak langsung dalam kereta itu. Apa masalah pakcik itu?
Saya berkata," kene heart attack ke pakcik tu?"...saya tidak sempat menemui jawapan kepada persoalan itu kerana ada beberapa kereta di belakang saya dan memandangkan saya ini pemandu berlesen "P"enakut bila kena hon, saya pun teruskan perjalanan. Sesaat kemudian,saya perasaan kereta pakcik tadi yang disangka saya diserang heart attack ada di tepi kereta saya... hahahahaha rupanya pakcik itu sempat lagi tertidur tatkala menunggu lampu isyarat berOLED itu bertukar hijau. Kesian pakcik itu, mungkin baru balik daripada ofis dan banyak kerja yang dilakukannya hari ini dan lagi penat memikirkan kerja keesokan harinya. Kesian pakcik itu. Saya ni. DAH LAH tiada exam. tiada kerja. tiada tanggungan. Tiada apa yang perlu dirisaukan melainkan menunggu result yang bakal mengubah hidup saya serta-merta.


Situasi Harapan.
Saya berharap. berdoa. bertawakal. itu sahaja yang mampu saya lakukan buat masa ini... Ya Allah....hanya Kau yang mampu....

0 comments: