Saya tak faham lah drama-drama yang heronya seorang lelaki baik, kuat imannya, dan penyayang perlu mati di akhir cerita...
Dah best dah drama yang saya tonton tadi... walaupun simple sahaja plotnya tetapi mampu menggamit perasaan saya...
jalan cerita:
seorang budak kampung khusyuk melaksanakan solat Subuh + seorang gadis bandar yg khusyuk berparti sehingga Subuh + arranged marriage + kehamilan gadis itu + hero kampung itu yg ofkos bila dah baik itu, setuju menjadi suami gadis itu juga untuk menutup malu keluarga si gadis (kinda not real...tak mungkinla wujud lelaki sebaik ini di dunia ini) + pelbagai kejadian = akhirnya, gadis itu terbuka hati + insaf + akhirnya, jatuh cinta juga pada suaminya = tetiba, suaminya, si hero kampung itu meninggal dunia 3 minit sebelum drama itu berakhir = hati saya pula yang terluka...
apekah??? perlu ke suaminya meninggal dunia??? tak bolehkah biarkan mereka live happily ever after...apa significantnya mematikan sesuatu watak beberapa minit sebelum tamat drama itu...haih...sedih la...
Tapi atleast saya mendapat satu pengajaran daripada drama ini...~ not bad la kene kahwin paksa... just make sure orang itu either teguh imannya ataupun kaya raya :)
Saturday, March 7, 2009
Kenapa Hero Selalu Mati???
Posted by mira_bandung89 at 7:57 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment