Kalau anda berkesempatan datang dan melihat rumah saya pada hari ini, macam tongkang pecah... note that saya tulis 'rumah' bukan 'bilik' (bilik saya mmg tak dapat buat apa-apa lah) ...
Memandangkan saya lah seorang sahaja puteri Gusti dalam keluarga yang sudah nak separuh gila membuat preparation majlis pertunangan abang saya, kepenatan amatlah terserlah, tetapi keseronokan juga terpampang di muka saya tatkala menyiapkan hantaran-hantaran.
The first engagement in the family la katakan ~ masing2 excited, masing2 nervous, masing2 tak tahu apa yg hendak dibuat....aunti-aunti di kampung dah mula berbusybody....
"hantaran dah siap ke yah(mak saya) oi?"
tanya seorang aunty saya yang digelar CNN antara kami saudara-mara kerana segala berita baru,gossip sensasi keluarga kami semuanya dia tahu...
Tidak mengapa, kami sekeluarga induk (buat-buat) tahu apa yang kami lakukan...hehe
Setelah berdiskusi, bergaduh dan berbaik semula, director a.k.a mak dan co-director a.k.a saya telah menemui kata sepakat~ warna tema pada hantaran pertunangan ialah black and white...
yeah!
Kami ke pusat perkahwinan yang terletak di Jalan Tunku Abdul Rahman di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur pada hari yang sama perarakan menentang PPSMI ke istana dijalankan.
uggghhh....pada saat yang crucial dan tertekan sekarang, hanya pertunangan abang saya berada dalam benak fikiran saya..isu-isu lain tolak tepi ... kami pun meredah seluruh ibu kota mencari bahan2 yang diperlukan walaupun sesak dengan manusia dengan banners.....
uggghhhh...hampeh...setelah ke hulu ke hilir mencari bunga berwarna hitam untuk dipadankan dengan bakul-bakul silver yang dibeli bersama bunga berwarna putih, kelibat bunga hiasan berwarna hitam tiada kelihatan... merah ada, hijau ada dan biru? merata-merata... tak tahu kenapa...mungkin sekarang tgh musim warna biru bagi bakal2 pengantin...haih...
Konklusi hari ini: Majalah pengantin BOHONG...tunjuk lawa-lawa, promote kedai tu kedai nih, semua tak dek stok... haih...
Tidak mengapa, kami berdiskusi lagi secara damai kali ini dan telah come out with a new theme~ black, white and red....
red bukan chili red... more of blood red, merah kemaroonan la...
Jadi, kami pun membeli bunga-bunga maroon juga,,,
Sampai di rumah, kami memulakan kegiatan menggubah dan menghias hantaran...
Berbekalkan ilmu pendidikan seni visual sehingga tingkatan 3 dan 5 Majalah Pengantin di depan mata (walaupun, majalah itu bohong ..idea2 di dalamnya sangat kreatif), kami pun memerah otak untuk meghasilkan hantaran2 yang bakal berangkat ke Machang dalam masa 3 hari lagi... huwaaa...
Mampukah kami menyiapkan hantaran2 ini? hanya masa yang dapat menentukan...
But this is the outcome of our effort so far... work still in progress....
Banyak bunga yang berlebihan... mungkin boleh simpan for future use.. menurut mak, lepas ini, dia bajet dalam keluarga kami akan ada perkahwinan setiap dua tahun... hahaha macam ada 30 anak je boleh plak macam tuh...
0 comments:
Post a Comment