Monday, June 29, 2009

HOEDOWN THROWDOWN !!!

Call me a loser or childish or even crazy, but I'm HOOKED on the HOEDOWN THROWDOWN!
It's the signature dance in the Hannah Montana The Movie! I L-O-V-E it!

It's simple. Anyone can do it! Well, if I CAN do it, obviously anyone can do it! Best giler!
Amat senang. Lagi senang daripada tarian piring or zapin or shuffle.

ok, maybe i'm a little too excited but it's fun. Even if you're not a Hannah Montana Fan, i think you'll enjoy it if you give it a go. And i dah berjaya khatam the dance in only half an hour! woohoo!

These are the basic simple steps ...amat mudah dan berkesan.

Pop it, lock it
Polka dot it
Countrify then
Hip-hop it
Put your hawk in the sky
Move side to side
Jump to the left
Stick it, glide

Zig-zag cross the floor
Shuffle in diagonal
When the drum hits
Hands on your hips
One footed
180 twist

and then a,
Zig-zag, step n' slide
Lean it left
clap three times
Shake it out
Head to toe
Throw it all together
That's how we roll

xfaham? tontoni video ini...cuba try test ! best!

Banyak tutorial video yg ada but i personally suke this one coz it's from miley herself and cepat tangkap.

Marilah!Ayuh, buat jangan tak buat! ala, bukannya anda ada benda lain yang boleh dibuat. Daripada tgk movie, makan, tidor, etc. baik buat the HOEDOWN THROWDOWN!




ps: umm, you may hate me but i honestly think Hannah Montana The Movie is better than Transformers 2.. (eventhough i dah tgk transformer 2 kali dah) ~my opinion

Sunday, June 21, 2009

Tips For The Broken-hearted

Well, it doesn't take a huge fight with your boyfriend that leads to a horrible breakup for your heart to be broken. What it takes is to give me friends for life who are hard to find and only to be separated from them after merely two years. Yes, my heart has broken.

AWW.... inilah jiwang dalam bahasa omputeh.... ;)

Back at home. all that i feel can be described in Aizat's song:

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitunya menya? terhidu wangian kasih mu ( i xdpt catch ape lirik tu so nyanyi slalu hentam macam ni je)

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kau lah laguku
Kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau Pergi.....iii....iiiii
Pergi....iii...ii...iiii

miss my frens.

What do you do at times like this?

I must move on but before that, i have to shed away the pain... eeeewww jiwang omputeh lg...

I suke google "How to", biasanya i google How to Lose 10kg in a month? (btw, tak pernah berkesan), How to learn Japanese?, How to remove a pimple in 24 hours?, How to write a proposal?(serius..ni i bwat mase dilantik jadi secretary housetrip dulu2..haha klakar..mlm tu i cuak gile, i gi google..teruk kan...hah skang baru bleh cite tabiat buruk dulu huhu)and banyak lagi yang ngarut yang tak perlu diketahui.

So this is what i found,

HOW TO FIX A BROKEN HEART

1. Be gentle with yourself. I have no idea i have no idea what this means but what I did was I pampered myself. I did my spa-at-home ritual.


1st, the normal nose patch for the evil blackheads.

Then, there was the eye patch for the horrible eye bags.

*gambar tiada kerana terbuang paket tu. that was my last one*


After that, the Light Lightening Peel-Off Mask yang memang obvious tak efektif malah timbul sebiji jerawat lagi

Last but never the least, the typical Nail Buffer


2.You have to learn to say GOODBYE and MOVE ON. dah cakap.tak dek benda ajaib pun berlaku.

3. MUSIC. it helps soothes the soul. My pick would be 'Rindu Terhenti' by Tomok. Yours? Anything but "The World's Greatest" by R. Kelly..our batch song ...sedeh gile kalo dengar balik..

4.WRITING or JOURNALING. Poetry would be nice. and just BLOG about it. like what I'm doing right now.

5.Go out to movies. with someone. don't go out alone!

So far, I haven't had the time to go to the cinema because I'm busy either looking for hantaran baskets or finding the right cute little gowns for the flower girls. Tomorrow, my destination is Jalan TAR! to find kain untuk dijahit for our side punye reception. Besides, I'm broke. Can't afford a movie ticket.So sad. Kene tunggu allowance my brother masuk..heee

Instead, I opt to watch movie yang ade kat dalam laptop.

Movie No.1: A Cinderella Story (owh hotnye Chad Michael Murray) ~dapat lupekan chalet
Movie No2: Another Cinderella Story (owh hotnye Drew Seeley) ~dapat lupekan Sapphire
Movie No.3: Confessions of A Shopaholic (owh hotnye Hugh Dancy) ~dapat lupekan KYUEM
Movie No. 4: BANGSAWAN 2009 (owh hotnye Sapphire!) owh no... ingat balik masa2 indah di chalet, Sapphire, KYUEM and all my frens... :(

ISH... benci laptop movies....tak membantu langsung...hmmmphhh...tomorow nak pergi tengok movie yang betul2laa...



Verdict: My heart has not healed, yet. :( HELP!

Sunday, June 14, 2009

Berkebun...ewwww....

ewww... "Berkebun is so not me"... ini merupakan luahan seorang gadis bandar yang gedik tidak mahu menjejakkan kaki berkasut baru ke kebun milik keluarganya.

CHOP! sebelum anda mengutuk dan maki hamun gadis bandar yang gedik ini, baca dulu kisahnya sepenuhnya.

Sebab-sebab mengapa gadis bandar gedik tidak suka berkebun:

1. Ada banyak tahi lembu yang fresh. titik. tak perlu elaborate.

2. Kasut 'tomok' yang baru dibelinya terpaksa meredah segala rumput, lalang dan tahi lembu (rujuk no. 1)

3. Banyak kerengga. bukan yang kecil..ni yang besar 2 juicy2..sengatnya pun tak terdaya untuk ku describekan di sini.

4. point ini panjang skit.

Saya pulang ke rumah setelah hampir sebulan di kolej. Jadi, banyak perkara yang misteri di rumah.

Misteri pertama: Misteri Mikrowave Baru

Mak beli microwave baru yang lebih kecil saiznya tapi lebih cepat memanaskan bahan makanan. Takdelah misteri, cuma saya jakun sebab sudah biasa guna yang lama yang mmg sudah buruk n slow giler.

Misteri kedua: Misteri Hilang Baju

Saya ingin mencari baju yang saya tinggalkan di rumah. Tapi, bagaikan semuanya sudah tiada. Bagaikan dalam Hikayat Halim Deman yang mencuri kain layang puteri itu. Tapi, kisah saya tiada putera dan saya bukan puteri....sedih. Tak mahu saya beritahu mak. Nanti, dia akan cakap saya yang tak cari betul2. n selalunya, dia mmg betul. So, saya biarkan sahaja.

ok. flash forward keesokan hari.

Kami ke kebun di kampung saya di Port Dickson. Ini mmg rutin mingguan ibu dan adik sejak belakangan ini. (mulanya,saya agak pelik. both of them don't seem like the 'kebun' type tapi mungkin sebab mereka suka sangat makan durian. Jadi, dapat merasai buah durian hasil kebunan sendiri mesti lebih sedap rasanya). Selepas mendaki kebun itu ( kebun itu bukan tanah yang landai ye..mmg berbukit bukau (nasib baik saya tak pakai heels)), 'Misteri Hilang Baju' telah terjawab. Lihatlah.


Semua baju ( a.k.a 'Kain Buruk' menurut mak) yang menyaluti buah durian untuk menghindarkan segala haiwan perosak dari memakannya adalah baju saya! Baju saya! Hati saya pasrah melihat setiap baju yang pernah dipakai saya dahulu.

Jadi, persoalan di sini adalah....adakah saya kejam jika saya menghina perbuatan mengebun?? adakah saya gedik jika benci berkebun? huh? Jika saya (baju saya) dianiayai sedemikian rupa? kejamkah saya? isk...isk..*sob...sob*

Haih...mengeluh... tidak mengapa. Hati yang terluka ini diubati oleh satu-satunya ubat yang mujarab yang efektif dalam mengubati luka yang terpendam.



S-H-O-P-P-I-N-G!!!!!


Sepulangan dari Port Dickson, petang itu, saya terpaksa membawa adik ke Bangunan Abdul Samad untuk menangkap gambar dia dengan background bangunan bersejarah itu. Menurutnya, ini untuk projek folio sejarah PMR. note to adik tersayang: havent you heard of photoshop??? or even wikipedia??? haih...

tidak mengapa. sebagai kakak yang bertanggungjawab dan comel(tibe..), saya melakukan apa sahaja demi adik saya yang terchenta.... tambahan, dia belanja saya minum iced caramel machiato.. so lagi lah saya rasa bertanggungjawab sebagai kakak...heeee

Selepas bangunan abdul samad, saya yang pertama kali drive around KL tanpa adult supervision, memberanikan diri untuk drive ke Bangsar Village untuk mencari accessories for external dinner. yey dapat clutch satu! dan so far, saya dah beli 2 baju baru untuk mengganti baju yang telah menjadi penyalut buah durian di kebun. n more to come! yahooo....

Pantun buat hari ini:

Akibat berkebun baju jahanam
Berjalan ber-Shopping bagaikan terapi
Penyembuh luka hati yang terpendam
Sekarang saya sssssangat HAPPY!


Kesimpulannya, gadis bandar ini memang gedik dan wajar dikutuk dan dimaki hamun seiring dengan arus kemodenan agar dapat menjadi masyarakat yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Thursday, June 11, 2009

Situasi.Biasa.Geram.Aneh.Kelakar.Harapan.

Situasi biasa.
Saya baru pulang dari menjemput ayah dari LCCT. biasa sahajalah, dah memang rutin mingguan ayah. Hari khamis petang ke Subang dan Sabtu pagi pulang ke Langkawi. Setiap minggu sejak beberapa tahun yang lalu.


Situasi Geram.
Perut agak lapar. Selepas tol USJ, ada satu trafic light sebelum junction nak masuk ke jalan kecik-kecik untuk ke rumah saya. Di trafic light, queue kenderaan sangat panjang. Tidak mengapa. Sabar.Sabar(sabar 1/2 daripada iman. jadi jika sabar.sabar. 2x1/2 jadi 1..penuhlah iman saya...urrmmm ok lawak lame saya tuk hari ni). Selepas green light dicahayakan oleh OLED (Organic Light-Emitting Diode...amik ko, ni baru application of chemistry namanya), saya pun dah tukar gear dan turunkan handbreak untuk bergerak but alas,alack...lori tong sampah berwarna oren depan saya tidak bergerak langsung. Tidak mengapa. Sabar. Sejurus selepas itu, saya perasan beberapa kereta di lane kanan mula ingin mencelah ke lane saya. Sebagai pemandu berlesen 'P' yang berhemah tinggi a.k.a pemandu 'P'enakut sebab dah banyak kali aksiden yang tidak mahu cari pasal dengan pemandu lain, saya pun berilah laluan kepada kenderaan2 tersebut.


Situasi Aneh.
Pelik. Lampu sudah hijau. Tapi kenderaan lane kanan tidak boleh bergerak, sehingga terpaksa mengikut lane saya. Saya teruskan perjalanan sedikit ke hadapan. Kelihatan ada sebuah kereta statik di tepi tiang trafik light ber OLED itu. Dalam hati, "owh, ni mesti kes kereta rosak".
Eh, tapi aneh. Tiada orang pun keluar dari kereta itu.


Situasi Kelakar.
Apabila saya pass by the car, " eyh pak cik kat dalam tu tak nak cek ke kereta di rosak kat mane? duduk je kat driver seat buat ape?" apabila saya mengamati dengan lebih khusyuk...
YA ALLAH... pakcik itu tak bergerak langsung dalam kereta itu. Apa masalah pakcik itu?
Saya berkata," kene heart attack ke pakcik tu?"...saya tidak sempat menemui jawapan kepada persoalan itu kerana ada beberapa kereta di belakang saya dan memandangkan saya ini pemandu berlesen "P"enakut bila kena hon, saya pun teruskan perjalanan. Sesaat kemudian,saya perasaan kereta pakcik tadi yang disangka saya diserang heart attack ada di tepi kereta saya... hahahahaha rupanya pakcik itu sempat lagi tertidur tatkala menunggu lampu isyarat berOLED itu bertukar hijau. Kesian pakcik itu, mungkin baru balik daripada ofis dan banyak kerja yang dilakukannya hari ini dan lagi penat memikirkan kerja keesokan harinya. Kesian pakcik itu. Saya ni. DAH LAH tiada exam. tiada kerja. tiada tanggungan. Tiada apa yang perlu dirisaukan melainkan menunggu result yang bakal mengubah hidup saya serta-merta.


Situasi Harapan.
Saya berharap. berdoa. bertawakal. itu sahaja yang mampu saya lakukan buat masa ini... Ya Allah....hanya Kau yang mampu....

Tuesday, June 9, 2009

Misteri Tudung Hitam

Semalam, sehari sebelum saya menjalani peperiksaan terakhir keesokan harinya, saya telah ke surau untuk solat maghrib. Sebelum mengambil wudhu', saya bukalah tudung dan meletakkannya di tempat biasa~palang tangga surau. Lepas selesai, saya pun naik ke bahagian atas surau untuk melakukan ibadah wajib. Selepas selesai solat, saya pun baca Yassin bersama seorang rakan.

Selepas itu, saya ingin berangkat pulang, jadi saya pun nak capai sahajalah tudung hitam saya itu, tetapi ... hati berbisik, "eyh, ni bukan tudung i ni.. mana tudung i?" Saya pun mencari di merata-rata tempat...di tempat pengumpulan telekung, di rak-rak dan juga di bahagian juniors sekali. Walaubagaimanapun, usaha saya sia-sia. Kelibat tudung hitam itu tiada kelihatan. Saya turun balik ke tempat mengambil wudhu' untuk menge'cek' sama ada saya tertinggal tudung itu di palang tangga tadi tetapi tiada apa2 yang tergantung di situ.

Aneh... mana mungkin sehelai tudung hitam yang langsung tak liplap dicuri di surau? ironi.... ahh...Husnuzon, husnuzon...mungkin ada yang tertukar kut tudung saya itu dengan tudungnya..iyelah tudung sama hitam, hati siapa tahu...tibe..


Owh, bagaimana saya pulang tanpa tudung? hah saya free hair je lah malam tuh... malam gelap kut, tiada siapa yang nampak.. huhu



gile ke? Mana mungkin saya buat begitu?! haih...farah hazwani yang berada di tempat kejadian berkata ada sehelai tudung yang memang hak milik kekal surau yang boleh digunakan. Saya pun guna.

Sepulangan ke bilik, saya buka tudung.. tiba-tiba, saya rasa leher saya gatal-gatal amat sangat dan ada juga rasa kesengatan. Apabila saya mengamati dengan lebih serius, rupanya ada segerombolan ekor semut yang mengelilingi leher ku... bukan calang-calang semut tau, semut api yang kecik-kecik. Bukan main kecik, tapi sengatnya memang berbisa. Tambahan pula, bukan sebijik semut yang gigit, satu pasukan menggigit ku...

Sehingga kini, saya masih tidak tahu ke mana hilangnya tudung hitam kesayangan saya itu... Kepada sesiapa yang rasa dia terambil, pulangkan lah kepada saya, biar hal ini terlerai secara damai...murah jer tudung tu... rm10 dari PKSN shah alam.



Ah...malangnya hidupku semalam.



Tapi.........

sekarang tidak lagi. Simple je.


EXAM.HABIS.SUDAH.!!!!



kalau dulu, tak tau nak study mechanics dulu, ke stats or chem ke.. tapi sekarang.....

Tak tahu la.... should I update blog dulu ke, atau tengok movie ke or tido dulu..ish tension nyer :P




Current mood: "tomoking" :)

Monday, June 8, 2009

Clueless

Draped the colours of black, purple and grey
Beneath behold blue, pink and yellow which say
Mysterious but more mischievous
The words, the act of the malicious

Pretend or true to the feelings
or a mistaken signal
never known to heart
Left clueless when hearts break apart

Sad
There was only one heart
What was thought to be
indeed not never really

We ought to
but not, it will be odd
For two to be one
strangely,could not

Time has passed
Colours have changed
From white to red
to black then green

Green is here
will bring out darker
shades of sour
as the heart devoured
I am green, i admit
I must not,she is a friend
I am green, as i live
Try to forget, if I can

Wednesday, June 3, 2009

Top Ten Things To Do Before I die

*the title is actually misleading.... but it just gave a more dramatic effect as a title.. that's what it is, just another title like so many others in here and out there...
I've been very good lately...I havent updated this blog in almost a month..BRAVO amira!

But today is Thursday, tomorrow is Friday and the day after tomorrow is Saturday and the next next Saturday is Award's Day which means I am going to leave this college...

A part of me can't wait to get this over and done with...I need a change in life.I need beginnings.I hate ends. And change is always for the better,always.period.

However, this place is something alright. It gave me more than I could ever imagined. But uggghh this is not a sad soppy post I want to write about goodbyes, atleast not yet. I still have three more weeks. I want to cherish the last moments of life here in this college. And there are still things I want to do here.

Before I go, I must finish this list of thing to do...think of this like a wish list like in the movie A Walk to Remember where that ailing girl had a 100 top ten things to do before she dies. It's like that but just without the cancer, the hot guy and it's not 100, it's just ten. :)

Top Ten Things I Want To Do Before I Leave KYUEM

1. mandi sprinkler kat padang(ok, standard ar nih, in fact i bet a lotta people already done it, but i havent, and it is MY list)

2. Ikut ami pergi new block bagi makan kucing2 tuh... i slalu tgk dari jauh and think to myself...wo... by the way i geli kucing so, it will be a challenge.

3. Pergi naik atas tangki kyuem tapi tak nak jatuh la cam alissa..tibe..

4. Star-gazing (more like dark-sky-gazing) at the field at night until muscom halau us...heeee

5. ....tak tau lah....tak sampai ten pun...saje je letak ten pun sebab top ten sounds better than top five...top ten macam aliterasi .. pengulangan konsonan dalam ayat..jadi lebih sedap didengari

i thought i had a lot more to do in kyuem, i thought my list will be so long until i cannot bear to leave in three weeks time...but my list to do at home is way longer... baking, shopping, movie-ing, tomoking and soooo much more.... cant wait! So to be honest, i can't bear and can't wait to leave kyuem... sure i 'll miss everyone so so much but i am ready for a change....

Pauline R. Kezer once said " Continuity gives us roots; change gives us branches, letting us stretch and grow and reach new heights. "

So, Let's GO and get outta here!!

owh wait...i still have three more papers to go...yikes!