Wednesday, February 4, 2009

LUPA DARATAN ! ! ! ! !

Ampun tuanku sembah seribu ampun tuanku...

Ya Allah masakan saya lupa akan asal usul hamba...

Leka akan kesibukan duniawi...

Sampai alpa akan hal-hal yang bermakna dalam hidup hamba...


Ya Allah masakan hamba lupa akan minat hamba terhadap BAKING!!!! huhu


------------------------------------------------------------------

berada di KYUEM bermakna tiadalah perkataan baking dalam hidup saya..
bangsawan sahaja lah berada di mata fikiranku...

tapi aritu sempatlah saya berjumpa dengan seorang baker di subang jaya semasa Chinese
New year holidays....beliau adalah kak lea... specialtynya adalah CUPCAKES iaitu matlamat ku...Saya berkesmpatan ke rumahnya untuk mengambil tempahan saya iaitu B-day Cupcakes For Petsib saya HADI!!!....boo... hehe

Ini dia kapkek hadi..bertuah sungguh dapat petsib mcm saya nih..hihi


* Football themed CUPCAKES *


* amboix3 khusyuk masing2 melantak kapkek tuh*


*HAPPY BURFDAY encik Amirul Hadi Azlan*


* Tutorial KAK INA = ONE big HAPPY family*


*penat2 investigate...baru dapat tahu football club kegemaran hadi adalah Barcelona ( mula2 ingat nak letak jersi messi no.10 or sumthing like that but tak sure fave. player die... so bwat logo instead) *



So, this is the closest I get to the baking experience...walaupun x bake, merase org bake pon jadik lah...hehe...

Sunday, February 1, 2009

Confessions of a Guilty Driver : "THE ACCIDENT"

Tajuk di atas memang macam tajuk movie kan...
Memang macam movie pun cerita yg saya akan ceritakan kepada anda...

Cume yg membezakan kisah ini dgn movie di pawagam berhampiran anda adalah kisah ini BENAR-BENAR berlaku....in fact, terlalu benar sampai nak ceritakan kepada kalian pun amat susah sekali...

Masa pulang ke Kolej Yayasan UEM pada 5 januari lalu, saya ingat dapatlah saya melupakan tragedi november itu... Tapi walaupun yg mengetahui tentang kisah ini hanya sedikit sahaja, tetapi tersebar sudah kisah ini...

1st week balik terserempak ngan potchek (bukan name sebenar) di kaki lima depan musolla...

Potchek(masih bukan nama sebenar) : Ban2(juga bukan nama sebenar), i dengar u accident kat langkawi mase cuti arituh?...

dan mengekori di belakangnya, kelihatan kelibat seseorg yg bername sulwan (hah ni konfem nama sebenar).....hah sudah,kalau sulwan tau, alamatnya memang satu kolej tahu...

Tapi saya tak sempat nak bercerita kpd mereka, cuma sempat mengangguk2 sahaja kerana sudah terlambat ke kelas encik dave "conqee" conquest....

tapi mungkin taklah ramai yg mengetahui ttg kisah di Langkawi itu tapi setiap kali ada yg bertanyakan ttg kisah itu, mulanya lidah menjadi kelu, tapi saya pun bercerita dgn nada selamba, cuba menahan sebak di dada....

Dan minggu lepas, seorg rakan saya bertanyakan kepada saya... dan saya memang klueless...
tak tau nk diceritakan apa lagi... mungkin sebab dh penat menceritakan kisah itu berdozen2 kalinya kepada berdozen2 org ataupun masih find it hard to express or describe what actually happen sebab anda memang perlu berada di tempat kejadian untuk benar2 tahu apa yg berlaku pada malam itu..tapi thankfully, pada masa rakan saya itu bertanya, Syahirah Mat (malas lah nk tulis name sebenar ke tak, anda pikir la sendiri) ada di sebelah... saya suruh dia ceritakan....
haih.........maybe bukan sebak atau malas nak cerita, maybe just tak nak dengar dah kisah yg dah berlalu tu...menggerunkan pun ada...

Jadi, saya pun terfikir nak luahkan kisah ini di blog yg sememangnya tak aktif ini...
mungkin lepas ini, rasa lebih lega untuk diri sendiri meluahkan segala2 perasaan yg terpendam...

So, this is the story about an accident that happened to me n my friends over the school holidays...if it was a book, I 'd called it "Nightmare in November".... What makes this story more real is it is from my point of view, the one in the driver seat....

ps: kisah ini amatlah panjang..memang detailed sangat...tu yang berjela saya tulis...

*taking a deep breath*

Once upon a time, in November 2008 to be exact, kami 3 sekawan ~ wan nur amira, nur syahirah mat n siti amirah suhaimi (bukan nama penuh sebenar) telah pun melancong ke Pulau Langkawi ,sort of my 3rd hometown selepas Subang Jaya n Port Dickson. This was the place I grew up in...


Kami tiba di Lapangan Terbang Langkawi lebih kurang jam 5 lebih petang...Saya masih ingat lagi di saat kami melangkah keluar ke kereta ayah saya di hadapan airport, hujan mulai turun... rintik rintik..

Sampai di rumah ayah saya yang terletak di atas bukit di kelilingi hutan belantara, kami pun berehat2kan diri... pegi tour rumah yang dah kind of usang itu... memang macam2 bau dapat dihidu...hihi yelah ayah saya duduk seorg diri sahaja di situ on weekdays... boleh dikatakan macam rumah org bujang...


Ini dia Pemandangan dari balkoni rumah tatkala senja... memang atas bukit....as you can see

Jam 7.00 malam...Ayah saya dah panggil..

Bapak (saya tak panggil ayah,sebenarnya panggil bapak,tapi nak menyedapkan cerpen ini panggillah ayah)...ok ok start over...

Bapak: Amira, bapak dah nak gi klinik balik ni...kamu nanti nk dinner ngan bapak x?
tapi lambat skitlah, around 10 o'clock bapak abis kerja...
Saya: eyh takpelah, sebenarnya kitorang nak kluar nanti kul 8 , nk tgk movie n then makan dinner kat mane2...
Bapak: Okay lah, ambik kunci kereta nih...
Saya: Okie...

Perbualan saya dan ayah memang macam nih... cepat, padat n bermakna...hehe

Jam dekat2 nak kul 8pm... 7.50 la kut... tak ingat lah semua details..

Kami ber3 pun keluar dari rumah dan memastikan semua pintu berkunci...
Keadaan di luar gelap seperti biasa..sepanjang 6 tahun saya tinggal di rumah atas bukit tuh, memang suasana malam tidak pernah terang, cuma ada cahaya lampu tiang TNB di jalan luar rumah , lampu spotlight satu dan lampu gate sepasang.

Masuk dalam kereta berwarna merah kepunyaan ayah. Saya sebenarnya tak pernah memandu kereta jenis ini...
Lain plak rasanya... saya perasan kusyennya lebih empuk...

Semasa hendak reverse untuk keluarkan kereta itu ke jalan luar,


*nak reversekan kereta ke luar rumah pun agak susah especially untuk driver berlesen 'P' seperti saya dan suasana yang gelap gelita*


*gate rumah di siang hari.........*

saya noticed hujan rintik2 dari petang tadi tidak berhenti lagi... hujan masih rintik rintik tetapi semakin kuat rintikan nya...
Setelah reverse, saya minta J.lo n syahirah tutupkan gate kerana gate controller tuh tak berfungsi la plak...

okay *peringatan* kami atas bukit sekarang, kiranya jalan untuk turun ke main road memang curam dan berliku....

saya pun drive cm biasa menuruni bukit, lepas tuh saya sedar lampu tak on... haih inilah gelagat saya memandu sebenar2nya...jujur saya cakap,memang clumsy n forgetful..... pastu saya brake, gear parking, tarik handbrake... pastu kereta itu pun stop di bawah sinaran lampu tiang TNB..

Saya pun mencari suis lampu kereta itu... setelah puas mencari, barulah jumpa... rupanya kereta ni pelik skit,,, kene press a button bukan memulaskan sesuatu seperti mana kereta yang saya sudah biasa drive macam perdana ke...

Pastu lepas dah cek semua lampu signal n wiper kat mana...saya pun meneruskan pemanduan..
* kaki still on brake, tukarkan gear, tolakkan handbrake ke bawah, then slowly lepas kan brake di kaki*

macam biasa ofkos...kereta pun turunlah bukit...yelah takkan naik kut...
dan selepas beberapa saat....
sebab kereta itu semakin laju, saya tekan lah brake di kaki... tapi kereta itu semakin laju menuruni bukit... tekan lagi .... makin laju.... tekan lagi... masih laju...

Saya pun berkata, tak tau kepada siapa," Tak boleh brake lah" dengan nada yang amat selamba...
memang x panik pun suara...tapi Allah sahaja yang mengetahui betapa berdebarnya hati itu menanti apa yg akan terjadi selepas itu....

Tapi J.lo yang berada di sebelah saya dan syahirah yang berada di belakang memang tak mengeluarkan sepatah perkataan ataupun apa2 bunyi pun...

saya pun menekan2 brake itu... memang tekan sedaya upaya tahap maksima... macam menendang je brake tu... n then saya tarik handbrake....

tapi.......kereta berwarna merah itu bergerak semakin laju.........
handbrake pun dah tarik... tak tau apa lagi yang mampu saya buat pada ketika itu... cuma mampu mengelak apa sahaja halangan yang ada di depan mata...
memng kereta itu laju yang teramat menuruni bukit curam itu...dan suasana gelap berhujan memang tidak membantu...

Dalam kegelapan itu, tiba-tiba lampu kereta menyuluh ke arah sesuatu di hadapan kami... satu paip air yang begitu besar( paip itu amat besar, digunakan untuk menyalurkan air dari reservoir atas bukit itu ke sluruh langkawi dan sehingga kuala perlis) memang betul2 di depan kami....

Hanya Allah sahaja tahu.... Hanya Allah sahaja tahu betapa saya dengan sedaya upaya menarik stereng kereta itu untuk mengelak berlangggar dengan paip besar itu... Hanya Allah sahaja yang tahu betapa takutnya saya akan keselamatan rakan2 saya bersama dalam kereta itu...

Saya tak pasti samada nak menulis " saya berjaya mengawal stereng kereta itu hingga kereta itu kembali straight ke jalan " kerana bagi saya, memang tidak ada langsung perkataan JAYA yang boleh dimasukkan ke dalam kisah tragis ini...

Walaupun cuba mengelak, instead of kereta itu melanggar paip itu terus di bahagian hadapan kereta, kereta itu terlanggar paip itu di bahagian tepi... Habis pecah berkecai tingkap di tempat J.lo berada... memang habis berkecai into little bits n pieces....

Tapi syukur ALHAMDULILLAH.... kereta itu setelah beberapa saat melanggar paip itu with a LOUD bang, akhirnya berhenti..... berhenti.

and perkataan akhirnya terkeluar dari bibir masing2 setelah seperti bertahun2 lamanya tidak kedengaran suara kami....

Saya: J.lo, ok? Syahirah ok? Oh my god, o my god o my god...

Saya dah mula panik gila....

J.lo: ok...
Syahirah: ok....

Syahirah muncul dari seat belakang...Tiba-tiba, beberapa titisan darah menitik ke arah kusyen kereta itu...titisan darah yang begitu pekat merah warnanya menitis dari dahi syahirah...
Saya dah bertambah cuak....

Saya: O my God.. sory syahirah o my God....sory sgt sgt... sory j.lo...ya Allah...

*tak tau brape banyak kali i said sorry to them...mmg tgh panik and rasa bersalah teramat sangat...

Syahirah: Bandung, relax i'm fine...cume i'm just bleeding....( sambil menahan darah daripada mengalir keluar dari dahinya ), I need something to tahankan nih...

Di tengah2 kepanikan, i offer syahirah my tudung, baju suruh tahan da wound coz tisu takdek dalam kereta tuh....

I tried calling my dad tapi die tak angkat langsung.... mmg pelik...my dad mmg xpernah x angkat fon....tak tau nk buat ape...mmg stuck kat situ...
Dari tempat kereta itu berhenti, dah boleh nampak main road dah...rasa nak gi stop je kereta yang lalu lalang kat situ...

Tiba-tiba, ada sebuah kereta menuju ke arah kami, dan nampak kelibat seorang lelaki berbangsa Cina dengan lampu suluhnya datang semakin hampir dengan kami..

Saya: Can you help us sir?? Pls help us...

Mr.X: Do you live up there? You're dr. Rahmat's daughter is it?

Saya: dengan suara separuh menangis....Yeah... my friend is bleeding.. can you take us to the hospital?? pls...

Mr.X: okay come...

Selepas itu, kami pun keluar dari kereta itu. J.Lo terpaksa keluar ikut pintu driver sebab pintunya dah mmg jammed, tak boleh bukak...

Kami pun menaiki kereta Mr.X....tak sempat saya melihat keadaan huru hara kereta itu...mungkin at that point tak sampai hati nak tgk kereta yang remuk itu...

Mr.X: You want to go to the hospital or your dad's clinic? did you call your father?

Saya: I called but he didn't answer. Which is nearer?

Mr.X: it's the same ... i think go to your father's better coz he's there...


Saya: Okay...anything....

Masuk dlm kereta Mr.X keadaan yang tegang beberapa minit yang lalu telah terlerai menjadi komedi plak...Di tengah2 menahan luka syahirah, boleh plak Mr.X berjenaka dengan kami...mungkin nak merelaxkan kami...

Mr.X: Eyh ni sorang 5 ringgit no kena bayaq?

Kami: hehehe (masih menekan luka syahirah)

Mr.X: Datang sini holiday ka?

Kami: Ha'ah...

J.lo/ Syahirah xingat : Ni kalau ambik video nih mmg menang lah KyuemTV awards arituh... real-life setting kut.....
Kami: Hahahahaha.....(boleh plak gelak masa nih)

rasa perjalanan ke klinik ayah saya sangatlah sekejap....tup tup dah sampai dah...

Masuk je klinik rahmat terus je ke kaunter pertanyaan, (mmg ade satu kaunter jer pun..hehe)..

Saya: Kak, kitorg accident...nak jumpe doktor sekarang bleh tak?

Akak nurse tuh: (blur blur plak...) ummmm sapa yang sakit....?
tak tahu la sama ada akak tuh tak faham perkataan accident ataupun rabun x nampak syahirah ngah bleeding like hell tuh... hati masing2 dah panas......

Saya: kitorg baru accident ni... nak jumpa dr. skrang jugak? Saya anak doktor...Nak jumpa bapak boleh x? Akak tuh: Isi nih dulu....

Boleh plak die bagi borang tuh kat syahirah untuk isi.... tangan die tuh terketar2...pastu J.Lo pun ambik terus borang tuh isikan tuk syahirah... Saya dah mmg bengang dah mase tuh..tak kisahlah saya ni anak doktor ke tak,,tapi ade emergency di depan mata pun x boleh nampak ke????!!!.

Saya: Tak, boleh tak saya jumpe bapak sekarang jugak... ni emergency nih...

Arh...saya dah tak sabar....tak tunggu lagi...saya pun ape lagi, terjah masuk je lah pintu bilik ubat, terus masuk bilik ayah saya.....
Nampak ayah saya, terus mata berair....

Ayah : kenape?
Saya : Kitorang accident....

Saya pun menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi... memang menangis arh masa menceritakan...

Ayyah sedang periksa seorang patient ketika itu... Dia minta Syahirah baring atas bed tuh and suruh nurse lagi satu ambik kan kapas and bandage nak tahan luka sementara habis periksa patient tadi tuh...

Selepas itu, saya x pasti apa lagi dia letak atas kening syahirah tapi the next thing i know was dia dah duk suntik ubat bius kat atas kening syahirah... saya memng dah agak lepas nih dia mesti jahit dah nih... Dalam hati saya, kenapalah syahirah plak yang kene jahit... dah lah tengok darah pun tak boleh....hati saya semakin bersalah melihat ayah saya menjahit kening syahirah sebanyak tiga kali jahitan menggunakan penyepit dan benang dawai..

Saya tak mampu buat apa2 ketika itu...cuma mampu pegang tangan syahirah je... J.Lo dah x boleh tgk dah...dia berpaling ke arah lain...

Selepas syahirah selamat dijahit, kepalanya dibalut dengan bandage berkali2 ketat...dan dia diberi ubat untuk dimakan...
Kami tunggu di luar sementara ayah saya menghabiskan periksa semua patient yang menunggu giliran...agak ramai jugak...

Saya masih dalam keadaan panik sebenarnya... masih cakap sorry sgt2 kepada J.Lo dan Syahirah berkali2... Nasib baik diorang nih jenis gila2 dan kewl... boleh buat lawak spanjang menunggu ayah saya....

After that, kitorg gi makan McD, then balik ke tempat kejadian...ayah saya pun ambik gambar untuk polis dan orang insurance....ini gambar2 kereta yang remuk fresh from the accident....




Ni tempat J.lo duduk...the window was totally smashed...but yang peliknya dia takdek scratch langsung....darah syahirah masih kelihatan fresh di situ....


Di bawah ini kelihatan paip besar yang dilanggar. Kalau ana betul2 perhatikan ,ada sebatang paip hitam yang kecil...paip itu memang terputus lah akibat dilanggar kereta kami...
n then kitorg gi buat police report....
My mum pun called...ceritalah kat die... menangis2 jugaklah saya lagi...

Then balik rumah... mmg xbanyak dibicarakan sepanjang malam itu...Cuma ayah saya cakap...
"Anggap ini semua pengajaran....kenalah ada experience benda2 camnih... kereta tuh x kisah lah, yang penting u guys are still alive"

Then kitorg masuk tido.... mmg da whole night i nangis arh....
Nangis sebab rasa sedih, bersalah sebab i yang caused the whole accident... mmg rasa bersalah sgt2...
Nangis juga sebab rasa bersyukur....bersyukur sgt2 masih hidup...syukur sgt2 my friends are safe....


Sometimes, things like this happen to you... You may say it's pretty unlikely but the truth is this accident could happen to you, to anyone... well, it did happened to me...And I hoped and pray and beg to God that it will never occur again....

Wednesday, January 28, 2009

What's in the Name????

I'm actually currently writing a post about a horrible accident that occurred to me and my friends over the holidays... It's taking a lot of time because it is really difficult for me to express everything that I've been through this couple of months mentally, physically and emotionally..

So, in the meantime...I just remembered that I did not post anything about why my blog is called "Sayang Si Embun"...

Well, it's actually very simple...

My late grandma on my mother's side is named Wan Nur Sayang... seriously it's the truth...

An my grandma on my father's side is Cik Embun.... Seriously tak tipu...

Growing up, I always thought that they had really kewl names...
So, I just thought..."heck, why not?"


So, there you go.... Now you know what's in the name........:)

Monday, January 19, 2009

i cant

Tonite i realise that I can't do a lot of things.... It's so freaking frustrating.....

Ten things I can't:

1. I can't go to sleep
2. I can't do this Math
3. I can't take this test
4. I can't handle it
5. I can't balance it all
6. I can't be what his norm is
7. I can't solve this simultaneous equation
8. I can't say it out loud
9. I can't have it my way
10.I can't take it anymore


i know it's a bit sad and sappy...pathetic even...

dah arh, nak gi bwat kanji nih plak... :)

Friday, January 16, 2009

alahai cik katun...

Haish.... alahai cik katun...
gara-gara seorang gadis bernama nur katun roslan (bukan nama sebenar) bertanyakan kepada saya petang tadi semasa saya sibuk dgn pelaka n berus di upper foyer , " Wah banban dah ade blog!". Tersentak saya dibuatnya... memang nk kena cik katun nih.... dah lah gelombang bunyi die melebihi 3000 hertz...(jgn nk kutuk, saya x ambik fizik)...saya pun br teringat yang saya ni pernah buat blog... huhu

Saye pun melayarilah blog2 malam ini selepas menyaksikan persembahan vokal terbaik yang saya pernah dengar di kyuem ( lima jejaka berbaju biru...ehem2)...,say ter-masuk blog sapphire, nama rakan2 sapphire...tersentak lagi dibuatnya melihat... bandung si jelita browny?????? apekah???
dah lah dah berkurun lama blog itu tidak diupdate kan.... haih...sedih la plak tgk blog nih...
Selepas itu,saya pun browsing2 laptop nih..terjumpe lah gambar baru2 ini...tentang........

APA LAGI KALAU BUKAN B.A.K.I.N.G!!!!!!

jeng...jeng...jeng....



haha...jangan lah terperdaya dengan gambar di atas... bukan saya yang buat...haha
tapi this is my dream desert to make.... its called kalo x silaplah....
Oreo Mint Chocolate Mousse.... lebuh kurang camtuh lah...
kat tgi fridays...sedap giiler.... ps: ini berlaku sebelum saya dan keluarga mem boikot mana2 pihak yg terlibat dlm keganasan di Palestine... masuk hari ini... sudah dekat 2 minggu rasenye sudah x makan kfc, mcd, pizza hut etc...haha berjaya!

DAN inilah yang sebenarnya saya bake last week masa balik rumah...
SARDINE ROLL!!!! bukan macam kuih sardin di kafe setiap pagi tuh...
ini lebih berkhasiat, tidak bergoreng deep fry...hanya dibakekan....
atas permintaan aunty2 saya di port dickson...kami buat potluck lunch n hi-tea...

Tapi ini adalah gambar sebelum siap...lupa plak nak tangkap gambar selepas membuat....
ada cam gaya pembaker profesional tak??? sah sah tak...huhu




Satu lagi benda amatur yang saya yang amatur ni buat adalah...
DADIH bukan dadah...berperisa mango n cokelat...
terpakse buat chocolate atas permintaan adik saya yang sentiasa di depan ps3 tuh...
mango lagi sedap!






So nothing really special about my baking activities tis month...
semuanya biasa2 sahaja....
lebih2 lagi bila stuck kat kolej nih....dah demam 4 hari berjangkit daripada seorang hamba Allah ini, my ***** classm8 bername *tut* (bukan nama sebenar)...die batuk skali dh berjangkit... isk isk isk....memang nak kena btol...

jadik, ke hadapan cik katun roslan...terima kasihlah banyak2 kerana tanpa anda, siapalah blog ini pada malam ini...sekian terima kasih...

Sunday, November 30, 2008

A Walk Through November

This past month has been very........so many words to describe this....
stressful~with the AS
glad~ its over n done with
happy ~ cuti !!!
fun ~ langkawi trip
traumatic ~ road down the hill
guilty~ 3 stitches
regret ~ unfamiliar circumstances
fearful~ fear for all my loved ones

A near death experience

such an experience can be sobering,
from the drunk goggles of life,
weather the cause be accidental,
or as intentional as crime,
'cause in reality thats all it is,
the theft of a life,
it kicks your head back into reality,
the fact that nobody is safe,
like an unspoken rule,
it is a deep subject,
festering in the minds of many,
such a situation is so unfair,
that an invisible concept rules the minds of so many

---------------------------------------------------------

~i'm so glad that the month of november is going to end...
i just hope for happier times in december...
i am thankful that i'm still here,
i am thankful that 2 of my closest friends are still safe ,sound, n crazy still :p
i am glad dad was here with us yesterday n mom is unaffected by the incident...
i wish no one will ever go thru what i went thru tis month of november....

ps: i'll tell more when i upload the pics...

of brownies, cookies, and blueberry cheesecake...

EUREKA!!!!!! after living for 19 years in this world, I found it, I finally found what i was looking for... :)
i found out what i actually want to do with my life... i want to be...jengx3...a BAKER!!!!!
ok i know this sounds a bit out of the blue but serius ni, saya mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang baker (baker dlm bahasa melayu ape eyh?) yang berjaya.... ok i know that right now i dont have the means to be a baker ( i dah antar ucas application for actuarial science dh pun ).but maybe just maybe suatu hari nanti i'd be able to pursue this other dream of mine....

i suke sgt baking... masak? not so much...just because of the minyak yang panas meledak yang boleh terpercik ke anggota badanku...tidak!!!!!!!! sgt sakit... so masak x brape suke lah...hehe but will try to learn of course...

ever since raya aidilfitri recently, i really got into baking. before this, i did bake brownies and sardine rolls..easy things like that..but during the month of ramadhan, i opt for more challenging recipes...hihi first i did kuih nestum... ok so 1st try xjdk(hangus kat bawah die hehe), but 2nd try jadik!!! yahooo!!!
tapi sedih i sorang je makan...




my brothers ni fussy skit , kuih2 kureng nk makan esp my little brother who cm anak org putih, a product of mcD, grand theft auto,too much ps3...he only eats famous amos cookies...cisss...walaupun adik saya hampeh dan saya hampa tetapi ini tidak memutuskan asa saya dalam meneruskan perjuangan sambil belajar baking...

so i continued the small steps of being a baker by doing yet another difficult recipe~ blueberry cheesecake... aunty ha's famous recipe....jadik!!!! but oklah, maybe base die tuh boleh kurangkan ketebalan but ok la... atleast my abang makan la gak...yatta!!!



but this fun journey was cut short...because raya was ending n back to kyuem for a reality check.. im still an a level student trying to go overseas for a degree which is not baking....haih... but no fear i could not wait for end of the year holidays for more baking.... heeeeee

so thats how it all start...how i found out i finally had a dream... my OWN dream...something i could do in the future...because at the end of the day, you just want to be happy with what you do, doesnt matter how much you earned, but if I am happy with what i'm doing, then to me, i earned much more than i could ever imagined :)